Berita Berita
Rumah amal GIBS: 171 individu ditahan reman 7 hari

KUALA LUMPUR - Seramai 171 individu yang ditahan dalam Op Global, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes eksploitasi 402 kanak-kanak dari rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk tindakan susulan ke atas mangsa yang terlibat.
"Siasatan masih diteruskan, terutamanya dari segi pendidikan, kita tahu bahawa kanak-kanak yang sepatutnya bersekolah ini, tapi tidak ke sekolah dan dia ada pendidikannya sendiri, kita mungkin akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Apabila dia buka rumah amal ini, kononnya untuk anak yatim, kita juga nak melihat adakah rumah amal ini didaftarkan, itu semua masih disiasat, daripada situ juga mungkin ada kesalahan-kesalahan lain, akan ada saksi-saksi yang akan tampil," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Ujarnya lagi, kesemua mangsa masih dalam proses dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan.
"Kita rasakan perlu untuk kita ambil asid deoksiribonukleik (DNA) serta melihat aspek kesihatan dan kebajikan.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu, kanak-kanak itu kini ditempatkan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata, kesemua premis yang diserbu pada Rabu, telah ditutup buat sementara waktu, dan berkemungkinan akan diambil tindakan sita.
Pada Rabu, media melaporkan seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dipercayai milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB Holding) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Mangsa terdiri 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksplotasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik sebuah kumpulan berkenaan.
Razarudin memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611], Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792], Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 ATIPSOM [Akta 670].
Selain itu, selain itu siasatan dibawah kesalahan-kesalahan mengikut Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 12:10 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang dirempuh dua pikap di LPT1
July 8, 2025, 11:25 am
Cikgu tadika rugi lebih RM100,000 terjerat tawaran kerja tak wujud dalam talian
July 8, 2025, 11:23 am
AGC: PM bukan sekadar konduit dalam pelantikan kehakiman
July 8, 2025, 11:06 am
Lawatan ke Brazil kukuh hubungan dua hala, lonjak nama Malaysia di peringkat global
July 8, 2025, 10:46 am
Tarif Trump 25 peratus: MITI sedia teruskan rundingan dengan AS
July 8, 2025, 10:26 am
Lelaki maut tercampak ke dalam parit dalam kemalangan dua motosikal
July 8, 2025, 10:18 am
Sidang Kemuncak ASEAN oktober ini terbesar dalam sejarah – Anwar
July 8, 2025, 10:06 am
Rosmah menang saman fitnah isu ilmu hitam, 'TikToker' diperintah bayar RM100,000
July 8, 2025, 9:49 am
PM sedih tragedi kereta tenggelam menimpa 6 beranak di Sungai Korok
July 8, 2025, 9:32 am