TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Semboyan Malaysia ajak Caprice bersemuka

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) mengundang penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli, untuk bertemu secara langsung bagi menyelesaikan isu yang timbul antara mereka.

Dalam satu surat terbuka kepada Caprice, Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, menegaskan bahawa jemputan tersebut bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kebenaran dan keadilan.

“Kami menghormati Caprice sebagai seorang lelaki, dan dengan itu kami mengundangnya untuk datang ke Semboyan. Marilah kita berbincang secara berhemah demi mencapai kebenaran dan keadilan,” kata Yusuf menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Yusuf turut memuat naik salinan surat terbuka yang mengajak Caprice untuk datang ke pejabat Semboyan Malaysia.

“Ini adalah surat terbuka kepada Caprice Daddycap. Kami di pihak Semboyan Malaysia ingin mengajak Caprice untuk berdepan secara terbuka dengan kami dan menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati yang mungkin wujud,” jelas surat tersebut.

Pertikaian antara Yusuf dan Caprice menjadi perhatian ramai selepas Caprice berkongsi sekeping gambar Yusuf bersama pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai.

Gambar berkenaan difahamkan diambil ketika menghadiri sebuah majlis yang diadakan di pusat beli-belah terkenal baru-baru ini. - Media Telus

+ - reset