Berita Berita
14.86 hektar kebun sayur haram di dua hutan simpan Cameron Highlands dimusnahkan

CAMERON HIGHLANDS, 24 Sept – Kawasan kebun sayur haram seluas 14.86 hektar di Hutan Simpan Mentiga dan Hutan Simpan Bertam dimusnahkan oleh pihak berkuasa dalam operasi bersepadu yang dijalankan semalam.
Operasi berkenaan melibatkan 148 anggota dari pelbagai agensi berdasarkan maklumat risikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
Operasi selama lima hari itu turut merangkumi serbuan di Hutan Simpan Batu Gangan dan Hutan Simpan Sungai Ichat.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Dr. Grippin Akeng, berkata anggota risikan menemui kebun yang ditanam dengan kacang buncis, lobak, kubis, dan bawang yang dipercayai diusahakan oleh penduduk tempatan menggunakan pekerja asing.
"Ketika serbuan, pekerja warga asing sempat melarikan diri selepas menghidu pergerakan operasi. Semua tanaman sayur, stor baja, dan pondok pekerja yang ditemukan di kawasan haram itu dimusnahkan untuk memastikan kegiatan tidak berulang," katanya dalam laporan Berita Harian.
Beliau menambah, tindakan pemusnahan ini diambil mengikut Seksyen 32(1) Akta Perhutanan Negara 1984 kerana pencerobohan kawasan hutan simpan.
Selepas pemusnahan, tindakan pemulihan akan dilakukan dengan menanam pokok sesuai di tanah tinggi seperti gerok, meranti bukit, damar minyak, dan ru bukit.
Sebelum ini, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyuarakan kebimbangan mengenai tanah di Pahang yang dijajah pendatang asing akibat kurangnya integriti. Baginda memberi contoh tanah di Cameron Highlands yang dipajak dan disewa kepada petani tempatan tetapi kini disewakan kepada warga asing.
Dr. Grippin berkata, pihaknya tidak pasti bila kawasan pertanian terbabit mula diteroka, namun ia ditemui selepas semakan data perisikan pada Jun lalu dan tinjauan bulanan kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands.
Beliau juga percaya permintaan tinggi terhadap sayuran tanah tinggi di Cameron Highlands menjadi faktor utama pencerobohan hutan simpan ini terus berlaku meskipun tindakan penguatkuasaan berterusan. Tidak menolak kemungkinan terdapat dalang tempatan yang menggunakan warga asing sebagai buruh pertanian sepenuh masa dan memasarkan hasil pertanian.
"Jabatan akan terus meningkatkan pemantauan di beberapa kawasan hutan simpan di daerah ini seperti Hutan Simpan Ulu Bertam, Hutan Simpan Batu Gangan, Hutan Simpan Sungai Wi, dan Hutan Simpan Terisu bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 12:10 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang dirempuh dua pikap di LPT1
July 8, 2025, 11:25 am
Cikgu tadika rugi lebih RM100,000 terjerat tawaran kerja tak wujud dalam talian
July 8, 2025, 11:23 am
AGC: PM bukan sekadar konduit dalam pelantikan kehakiman
July 8, 2025, 11:06 am
Lawatan ke Brazil kukuh hubungan dua hala, lonjak nama Malaysia di peringkat global
July 8, 2025, 10:46 am
Tarif Trump 25 peratus: MITI sedia teruskan rundingan dengan AS
July 8, 2025, 10:26 am
Lelaki maut tercampak ke dalam parit dalam kemalangan dua motosikal
July 8, 2025, 10:18 am
Sidang Kemuncak ASEAN oktober ini terbesar dalam sejarah – Anwar
July 8, 2025, 10:06 am
Rosmah menang saman fitnah isu ilmu hitam, 'TikToker' diperintah bayar RM100,000
July 8, 2025, 9:49 am
PM sedih tragedi kereta tenggelam menimpa 6 beranak di Sungai Korok
July 8, 2025, 9:32 am