Berita Berita
King Sing beri amaran terakhir, arah samseng keluar dari Bintulu

KUCHING 3 Feb - Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang berang dengan tindakan kumpulan samseng yang semakin melampau, menggesa mereka supaya meninggalkan bandar itu.
King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, jika tindakan tegas tidak diambil sekarang, kumpulan itu mungkin merasakan mereka boleh mengawal undang-undang dan mengancam keselamatan awam.
"Ini adalah amaran terakhir! Saya tidak mahu melihat aksi ganas berulang lagi dan saya menasihatkan mereka yang terbabit dengan aktiviti kumpulan samseng supaya beredar sebelum terlambat.
"Jika anda terus melanggar undang-undang dan menimbulkan masalah, anda perlu menghadapi akibatnya," katanya dalam hantaran di laman sosial Facebook, hari ini.
Beliau membuat hantaran itu susulan video tular di media sosial yang memaparkan serangan ganas yang dilakukan oleh ahli kumpulan samseng menggunakan gunting.
Menurutnya, kejadian itu mengejutkan sekaligus menimbulkan kebimbangan kalangan orang ramai sehingga ada menganggap Bintulu kini dikawal oleh kumpulan penjenayah.
King Sing berkata, beliau dimaklumkan suspek yang terbabit dalam kejadian itu sudah menyerah diri kepada polis.
"Saya menggesa Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali dan pasukannya supaya mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.
"Semestinya tiada kelonggaran dalam jenayah serius seperti itu dan kita mesti membanteras keganasan kumpulan kerana kejadian ini terlalu parah untuk diabaikan," katanya sambil memaklumkan menerima video daripada individu yang bimbang Bintulu tidak lagi selamat.
King Sing yang turut menafikan tuduhan beliau terbabit dalam kumpulan samseng itu dan menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terbabit dalam jenayah kekerasan itu.
"Ada orang yang mengaitkan saya dulu, memfitnah yang saya ada kaitan dengan samseng.
"Biar saya jelaskan perkara ini. Saya menyokong penuh undang-undang dan tidak akan pernah bertolak ansur dengan keganasan atau jenayah dan saya tidak akan melindungi pelanggar undang-undang.
"Tidak kira siapa yang saya jumpa, nasihat saya sentiasa sama, patuhi undang-undang dan pilih jalan yang betul," katanya.
Berita berkaitan
June 16, 2025, 1:32 pm
Anwar ucap terima kasih kepada Rafizi, Kementerian Ekonomi kekal
June 16, 2025, 1:27 pm
AGC fail rayuan terhadap pembebasan Muhammed Yusoff Rawther
June 16, 2025, 1:22 pm
Kerajaan teruskan rasionalisasi subsidi RON95, tiada kenaikan harga untuk majoriti rakyat
June 16, 2025, 12:57 pm
Mayat guru ditemui meninggal dunia selepas sebulan
June 16, 2025, 12:43 pm
Lelaki direman bantu siasatan penipuan jemaah haji warga emas
June 16, 2025, 12:26 pm
SPRM bongkar penyelewengan dana NGO RM26 juta
June 16, 2025, 12:21 pm
Terlalu banyak program sekolah, guru tak sempat habiskan silibus
June 16, 2025, 12:14 pm
Anwar gesa rangka kewangan jelas untuk lonjak pelaburan tenaga boleh baharu di Asia
June 16, 2025, 11:39 am
UPSI pastikan pelajar terlibat nahas tidak tercicir pengajian
June 16, 2025, 10:45 am