Berita Berita
Lelaki direman bantu siasatan penipuan jemaah haji warga emas

SEREMBAN 16 Jun – Seorang lelaki berusia 67 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan terhadap 47 jemaah haji warga emas Malaysia yang dilaporkan ditipu seorang ejen haji tempatan.
Perintah reman sehingga 20 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Shuhada Amran di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini. Suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Terdahulu, suspek berpakaian serba putih dan berkopiah tiba di mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Kes ini tular selepas media melaporkan bahawa hasrat 47 jemaah haji warga emas untuk menunaikan ibadah haji bertukar mimpi ngeri apabila mereka dipercayai menjadi mangsa penipuan oleh seorang individu yang dipercayai berimej agamawan.
Jemaah terbabit didakwa dipaksa meredah laluan berbahaya dengan berjalan kaki tanpa dokumen sah dari Jeddah ke Makkah selepas gagal mendapatkan visa haji yang sah, berikutan kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Dzaffir Mohd Yusoff memaklumkan bahawa suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad lalu, selepas waris mangsa membuat laporan polis di Mantin.
Menurut beliau, antara mangsa yang membuat laporan ialah sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka yang mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM81,000 setelah masing-masing membayar RM27,000 kepada suspek.
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek bertindak secara individu atau membabitkan organisasi tertentu. Polis juga akan memanggil beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan dalam masa terdekat,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
June 16, 2025, 10:41 pm
Rafizi luah perasaan pertama kali jadi menteri, perlu tahu banyak benda
June 16, 2025, 8:05 pm
Latihan jangka pendek mampu lahirkan tenaga kerja berkualiti – Steven Sim
June 16, 2025, 6:17 pm
Jaga integriti, penjawat awam dilarang main TikTok, FB ketika bertugas
June 16, 2025, 5:15 pm
Lebih 750,000 pekerja logistik tonggak kelangsungan rantaian bekalan - Steven Sim
June 16, 2025, 4:55 pm
150,557 lepasan SPM 2024 diterima masuk IPTA - KPT
June 16, 2025, 4:33 pm
Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui di Sungai Klang
June 16, 2025, 4:08 pm
Ganja dibungkus seperti belacan, coklat dan keropok lekor dirampas di sempadan
June 16, 2025, 3:50 pm
Ahli Parlimen dakwa rakyat bakal derita ‘penyakit ekonomi tiga serangkai’
June 16, 2025, 3:44 pm
Murid perempuan dakwa dibuli hingga alami pendarahan, dirawat di hospital
June 16, 2025, 3:29 pm