TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mayat guru ditemui meninggal dunia selepas sebulan

By
|
Kongsi
image

ISKANDAR PUTERI 16 Jun – Mayat seorang guru wanita berusia 39 tahun yang dipercayai telah meninggal dunia lebih sebulan lalu ditemui dalam keadaan reput di kediamannya di Bandar Selesa Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, mayat mangsa ditemui pada Khamis lalu selepas jirannya terhidu bau busuk yang datang dari rumah terbabit.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Aminah oleh pakar forensik mendapati punca kematian tidak dapat dikenal pasti berikutan tahap pereputan yang terlalu lanjut.

“Guru berkenaan dipercayai telah meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu,” katanya.

Tambah beliau, siasatan turut mendedahkan wanita itu merupakan guru di sebuah sekolah di Taman Tunku Aminah dan telah tidak hadir bertugas sejak 24 September tahun lalu.

Mangsa yang masih bujang dilaporkan tinggal seorang diri dan pihak polis kini sedang berusaha mengesan waris terdekat.

Pada Sabtu lalu, sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina memuat naik penghormatan terakhir kepada mendiang menerusi hantaran Facebook dalam bahasa Mandarin, selepas mendapat berita kematiannya.

Dalam hantaran itu, pihak sekolah turut memohon bantuan orang ramai untuk menghubungi waris terdekat guru berkenaan, termasuk seorang ibu saudara yang dipercayai menetap di Singapura serta beberapa ahli keluarga lain di Taiping, Perak. – Media Telus

+ - reset