TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Tiada lagi penantian satu penyiksaan selepas ini' - Dr Dzulkefly

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 Feb – Graduan perubatan kini tidak lagi perlu menunggu lama untuk dilantik sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (PPS), dengan sistem pelantikan baharu yang diperkenalkan sejak 2016.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata kini terdapat 49 Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara yang berfungsi sebagai pusat latihan bagi graduan perubatan.

“Soalan mengenai penantian ini suatu masa dulu betul, penantian suatu penyeksaan kerana mereka terpaksa menunggu hampir setahun untuk mendapat tempat sebagai PPS.

“Tetapi kini situasi telah berubah, tiada lagi isu graduan kecewa dan meninggalkan kerjaya perubatan yang menjadi minat mereka. Pengambilan kini dilakukan setiap dua bulan,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Bebas-Tanjong Karang) mengenai jumlah graduan perubatan yang berputus asa akibat tempoh menunggu yang lama sebelum diserap sebagai doktor pelatih.

Menurut Dzulkefly, pelantikan PPS kini dilakukan sebanyak enam kali setahun dengan selang masa dua bulan, berbanding sebelum ini yang memerlukan graduan menunggu sehingga setahun.

Bagi tahun 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan untuk melantik seramai 3,000 PPS. Setakat suku pertama tahun ini, seramai 1,114 telah dilantik secara kontrak.

Sebanyak 49 hospital di seluruh negara berperanan sebagai HLS, termasuk:
✅ 14 hospital negeri
✅ 26 hospital berpakar major
✅ 5 hospital berpakar minor
✅ 3 hospital pengajar universiti (HUKM, PPUM, HUSM)
✅ Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

Dengan sistem pelantikan baharu ini, KKM optimis dapat memastikan lebih ramai graduan perubatan mendapat tempat sebagai PPS dengan lebih cepat dan teratur.

+ - reset