Berita Berita
Lelaki meraung lihat isteri tercampak ke bawah Lebuh Raya DASH

KUALA LUMPUR 26 Feb – Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas tercampak ke bawah Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akibat kemalangan jalan raya petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
"Kes ini masih dalam siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan selepas selesai siasatan," katanya.
Berdasarkan komen dalam video tular di media sosial, mangsa dipercayai menunggang motosikal berasingan dengan suaminya sebelum terlibat kemalangan yang menyebabkan dia tercampak ke bawah lebuh raya tersebut.
“Jatuh dekat dalam Sungai Penchala. Kalau tengok depan-depan tadi tak boleh berfikir macam mana boleh ke dalam sungai. Suami isteri naik motosikal berasingan tak silap,” komen seorang individu, Saz.
Seorang lagi saksi, Siraj Samsudin, berkata, dia melihat suami mangsa menjerit 'Allahuakbar' berulang kali sebaik melihat isterinya jatuh ke bawah.
Seorang lagi pengguna media sosial, CikMutiara, turut memberi komen, “Patutlah nampak banyak kereta polis tadi. Ada kemalangan rupanya. Salam takziah pada keluarga.”
Berita berkaitan
July 8, 2025, 12:10 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang dirempuh dua pikap di LPT1
July 8, 2025, 11:25 am
Cikgu tadika rugi lebih RM100,000 terjerat tawaran kerja tak wujud dalam talian
July 8, 2025, 11:23 am
AGC: PM bukan sekadar konduit dalam pelantikan kehakiman
July 8, 2025, 11:06 am
Lawatan ke Brazil kukuh hubungan dua hala, lonjak nama Malaysia di peringkat global
July 8, 2025, 10:46 am
Tarif Trump 25 peratus: MITI sedia teruskan rundingan dengan AS
July 8, 2025, 10:26 am
Lelaki maut tercampak ke dalam parit dalam kemalangan dua motosikal
July 8, 2025, 10:18 am
Sidang Kemuncak ASEAN oktober ini terbesar dalam sejarah – Anwar
July 8, 2025, 10:06 am
Rosmah menang saman fitnah isu ilmu hitam, 'TikToker' diperintah bayar RM100,000
July 8, 2025, 9:49 am
PM sedih tragedi kereta tenggelam menimpa 6 beranak di Sungai Korok
July 8, 2025, 9:32 am