Berita Berita
Mahkamah dengar rayuan Syed Saddiq, tiada keputusan hari ini

PUTRAJAYA 19 Mac – Mahkamah Rayuan hari ini memaklumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin membuat pengumuman tersebut sebaik prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.
“Hari ini, kita akan dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu dan berhenti untuk rehat tengah hari. Esok, kita sambung dengan hujahan pihak pendakwaan,” kata Hakim Ahmad Zaidi.
Prosiding dimulakan dengan peguam Syed Saddiq, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang membentangkan hujah pembelaan bagi pihak anak guamnya.
Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan tempoh dua hari bagi kedua-dua pihak mengemukakan hujahan, iaitu pada 19 dan 20 Mac.
Latar Belakang Kes
Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap Syed Saddiq selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, penyalahgunaan harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Armada.
Dalam penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaannya dengan menyifatkan keterangan yang diberikan sebagai "tidak masuk akal".
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Bekas Ketua Armada Bersatu itu kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya untuk dibebaskan daripada semua pertuduhan.
Menurut Syed Saddiq, hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam keputusan mensabitkannya bersalah, terutamanya berkaitan tafsiran Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
“Hakim gagal memahami intipati dan kehendak seksyen berkenaan, menyebabkan pertuduhan pertama tidak terjumlah kepada kesalahan di bawah peruntukan itu,” hujahnya.
Selain itu, beliau juga mendakwa berlaku kekhilafan dalam menyamakan pengeluaran dana dengan perbelanjaan wang.
Pilihan Mahkamah Rayuan
Kes ini kini berada di peringkat kedua pengadilan. Jika rayuan Syed Saddiq ditolak, beliau masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Namun, jika panel hakim membenarkan rayuannya, beliau akan dibebaskan serta-merta daripada semua pertuduhan.
Butiran Pertuduhan
-
Pertuduhan pertama – Bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, dalam pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral pada 6 Mac 2020. Seksyen 406 Kanun Keseksaan – Hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda.
-
Pertuduhan kedua – Menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise di Maybank Islamic Berhad antara 8 hingga 21 April 2018. Seksyen 403 Kanun Keseksaan – Hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.
-
Dua pertuduhan pengubahan wang haram – Memindahkan RM50,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad ke akaun Amanah Saham Bumiputera pada 16 dan 19 Jun 2018. Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 – Hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah aktiviti haram.
Prosiding rayuan dijangka bersambung esok dengan hujahan daripada pihak pendakwaan.
Berita berkaitan
June 29, 2025, 9:03 am
Tiga maut, seorang kritikal bot terbalik di Pulau Perhentian
June 28, 2025, 10:30 pm
Dua warga emas maut, 9 cedera termasuk bayi dalam kemalangan 5 kenderaan di Kota Tinggi
June 28, 2025, 7:33 pm
Bayi lelaki baru lahir dibuang dalam plastik di tepi jalan dekat masjid di Kuala Selangor
June 28, 2025, 7:15 pm
Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily ditukar ke AKPS, M Kumar bakal ambil alih
June 28, 2025, 12:53 pm
Pendaki Malaysia parah jatuh 200 meter di Gunung Rinjani
June 28, 2025, 11:06 am
Orang ramai terkejut jumpa mayat terapung di Tasik Danau Kota
June 28, 2025, 10:47 am
Ada mangsa lain rupanya, 2 lagi pelajar MRSM Besut ditahan terlibat kes buli
June 28, 2025, 10:05 am
Pelajar Tingkatan 4 lemas ketika mahu lepaskan mata kail tersangkut di Sungai Besut
June 28, 2025, 8:44 am
Siap sedia, cuaca panas di seluruh negara bermula hari ini
June 27, 2025, 4:49 pm