Berita Berita
Rayuan Syed Saddiq bersambung lepas raya, pendakwa raya sakit tekak

PUTRAJAYA 20 Mac - Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan prosiding rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kepada 17 April depan untuk meneruskan hujahan pendakwaan berhubung sabitan empat tuduhan berkaitan dana ARMADA yang dihadapinya.
Syed Saddiq, 32, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan, iaitu bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang yang melibatkan dana tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang berhujah bagi pihak responden, tidak dapat meneruskan hujahannya apabila tiba-tiba mengalami masalah suara.
Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah mengalami sakit tekak sejak pagi dan masih mempunyai banyak fakta untuk dihujahkan, memerlukan kira-kira 45 minit lagi untuk menyelesaikan hujahannya.
"Saya mohon mahkamah membenarkan prosiding ini disambung selepas sambutan Aidilfitri pada bulan hadapan. Saya ingin menghabiskan hujahan hari ini juga, tetapi saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana masalah suara ini," katanya.
Sehubungan itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, memutuskan untuk menangguhkan prosiding.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 12:10 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang dirempuh dua pikap di LPT1
July 8, 2025, 11:25 am
Cikgu tadika rugi lebih RM100,000 terjerat tawaran kerja tak wujud dalam talian
July 8, 2025, 11:23 am
AGC: PM bukan sekadar konduit dalam pelantikan kehakiman
July 8, 2025, 11:06 am
Lawatan ke Brazil kukuh hubungan dua hala, lonjak nama Malaysia di peringkat global
July 8, 2025, 10:46 am
Tarif Trump 25 peratus: MITI sedia teruskan rundingan dengan AS
July 8, 2025, 10:26 am
Lelaki maut tercampak ke dalam parit dalam kemalangan dua motosikal
July 8, 2025, 10:18 am
Sidang Kemuncak ASEAN oktober ini terbesar dalam sejarah – Anwar
July 8, 2025, 10:06 am
Rosmah menang saman fitnah isu ilmu hitam, 'TikToker' diperintah bayar RM100,000
July 8, 2025, 9:49 am
PM sedih tragedi kereta tenggelam menimpa 6 beranak di Sungai Korok
July 8, 2025, 9:32 am