TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua beradik maut kemalangan dalam perjalanan ke sekolah

By
|
Kongsi
image

KLUANG 21 Mac - Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka melanggar lubang sebelum terbabas dalam kejadian di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, pagi ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.20 pagi, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Norhazim Kamaruzaman, 16, dan adiknya, Nur Alif Ikhwan, 15.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kedua-dua mangsa menunggang motosikal Yamaha Y110 dalam perjalanan dari Felda Inas ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang, Bandar Tenggara.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mereka datang dari arah Felda Inas menuju ke Bandar Tenggara sebelum melanggar lubang di jalan, menyebabkan mereka terbabas dan terjatuh.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Media Telus

+ - reset