Berita Berita
Pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu jururawat ditangguh ke 1 Ogos – JPA

KUALA LUMPUR 29 Mei – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi tempoh lanjutan akhir selama dua bulan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan sistem waktu bekerja 45 jam seminggu untuk jururawat di wad, dengan tarikh baharu pelaksanaan ditetapkan pada 1 Ogos ini.
Menerusi sepucuk surat kepada Ketua Setiausaha KKM semalam, JPA menegaskan bahawa lanjutan kali ini adalah yang terakhir dan semua hospital perlu mematuhi pekeliling berkenaan waktu kerja baharu yang telah ditetapkan sebelum ini.
“Setelah berakhirnya tempoh interim tersebut pihak KKM hendaklah memastikan perlaksanaan waktu bekerja syif dipatuhi. KKM perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan dari masa ke semasa,” menurut kandungan surat berkenaan.
Bagaimanapun, JPA menjelaskan bahawa lanjutan yang diberikan tidak menghalang mana-mana fasiliti kesihatan yang telah bersedia dengan pelaksanaan waktu syif baharu untuk melaksanakannya lebih awal.
“Semoga dengan kelulusan ini membolehkan kementerian merangka dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan perlaksanaan waktu bekerja syif adalah teratur dan mengikut peraturan yang berkuatkuasa,” katanya lagi.
Pada asalnya, JPA meluluskan tempoh persediaan selama tiga bulan bermula 1 Disember 2023 untuk membolehkan hospital menyesuaikan pelaksanaan sistem 45 jam kerja mingguan.
Tempoh itu kemudiannya dilanjutkan hingga 31 Mei dan sekali lagi sehingga 1 Jun.
Namun, keputusan ini mencetuskan bantahan daripada Kesatuan Jururawat Malaya yang menyifatkan tambahan tiga jam seminggu sebagai bebanan tidak wajar memandangkan jururawat wad sudah pun bekerja selama 42 jam seminggu dan menghadapi tekanan kerja yang tinggi.
Berita berkaitan
May 30, 2025, 2:54 pm
Akaun WhatsApp Saifuddin digodam: Polis siasat penggunaan VPN luar negara
May 30, 2025, 2:00 pm
Projek RMK13 ditentukan bersama kerajaan pusat dan negeri – Anwar
May 30, 2025, 11:49 am
Sultan Pahang hargai peranan wartawan beretika, integriti tinggi
May 30, 2025, 11:39 am
Lelaki Pakistan maut digilis, diseret treler 100 meter
May 30, 2025, 10:29 am
Nurul Izzah digesa desak PM tamatkan kontrak Azam Baki
May 30, 2025, 10:23 am
Kelantan catat kadar diabetes dan kolesterol lebih tinggi daripada paras nasional
May 30, 2025, 10:18 am
Anwar harap wartawan terus semangat bantu majukan negara
May 30, 2025, 10:05 am
Pelajar tingkatan lima maut rempuh lori dalam perjalanan pulang
May 29, 2025, 8:58 pm
'Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal' - Anthony Loke
May 29, 2025, 4:47 pm