TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki cemas jumpa ular dalam tandas

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 29 Mei – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung senduk sepanjang satu meter muncul secara tiba-tiba semasa dia mahu menggunakan tandas di rumahnya di Peringat, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.22 pagi itu, lelaki berusia 46 tahun tersebut sempat menyelamatkan diri sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai APM Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd Saiful Azam Ismail berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk menangkap reptilia terbabit.

“Dalam keadaan cuaca sekarang, kami menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan saluran air di dalam tandas ditutup rapat.

“Selain itu, boleh juga meletakkan pemberat di atas penutup tandas bagi mengelakkan ular masuk melalui saluran tersebut. Ini kerana kawasan lembap sering menjadi lokasi tumpuan haiwan berbisa ketika cuaca panas,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya ternampak kelibat reptilia itu dan tidak menyembur sebarang bahan kimia seperti penyembur serangga sebelum pasukan penyelamat tiba.

Ujarnya, masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak menyusun pasu bunga terlalu rapat antara satu sama lain, khususnya bagi mereka yang menggemari aktiviti berkebun.

“Pastikan kawasan sekitar rumah tidak menjadi semak yang boleh menjadi tempat persembunyian ular,” katanya. - Media Telus

+ - reset