Berita Berita
Pemandu lori maut treler langgar lari di Lebuh Raya WCE

TAIPING 29 Mei – Seorang pemandu lori 'bonded' maut selepas kenderaan dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah treler yang kemudiannya meninggalkan lokasi kejadian di Kilometer 243 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Trong, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.50 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong tiba di lokasi kejadian pada jam 3.21 pagi.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah lori bonded telah melanggar bahagian belakang treler yang kemudiannya berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu berusia 37 tahun, pemandu lori berkenaan, tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kelindan lori tersebut bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
Tambah Sabarodzi, ketua operasi yang berada di lokasi telah menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota menggunakan konsep SAVER dan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.22 pagi.
Berita berkaitan
May 30, 2025, 2:54 pm
Akaun WhatsApp Saifuddin digodam: Polis siasat penggunaan VPN luar negara
May 30, 2025, 2:00 pm
Projek RMK13 ditentukan bersama kerajaan pusat dan negeri – Anwar
May 30, 2025, 11:49 am
Sultan Pahang hargai peranan wartawan beretika, integriti tinggi
May 30, 2025, 11:39 am
Lelaki Pakistan maut digilis, diseret treler 100 meter
May 30, 2025, 10:29 am
Nurul Izzah digesa desak PM tamatkan kontrak Azam Baki
May 30, 2025, 10:23 am
Kelantan catat kadar diabetes dan kolesterol lebih tinggi daripada paras nasional
May 30, 2025, 10:18 am
Anwar harap wartawan terus semangat bantu majukan negara
May 30, 2025, 10:05 am
Pelajar tingkatan lima maut rempuh lori dalam perjalanan pulang
May 29, 2025, 8:58 pm
'Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal' - Anthony Loke
May 29, 2025, 4:47 pm