TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ahmad Maslan harap Rafizi terus berkhidmat di Pandan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 Mei – Datuk Seri Rafizi Ramli diharap akan terus meneruskan perjuangan beliau sebagai Ahli Parlimen Pandan meskipun telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, merakamkan penghargaan terhadap khidmat yang telah dicurahkan Rafizi kepada negara sepanjang memegang jawatan tersebut.

“Jangan kita gembira terhadap kedukaan orang lain. Itu nasihat kepada saya oleh seseorang.

“Selamat meneruskan perjuangan atas pentas yang lain, contohnya sebagai Ahli Parlimen Pandan,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Semalam, Rafizi mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 17 Jun 2025, manakala beliau akan menghabiskan cuti tahunan bermula semalam hingga 16 Jun.

Rafizi sebelum ini gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberikan dukungan penuh kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatan.

Rafizi turut menunaikan janji yang pernah dilafazkannya dalam siri kempen Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) bahawa beliau akan meletakkan jawatan sekiranya tewas dalam pemilihan parti. – Media Telus

+ - reset