TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua sepupu maut, kereta jatuh gaung selepas hadiri majlis kahwin

By
|
Kongsi
image

PENAMPANG 29 Mei – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Jalan Penampang–Tambunan berhampiran Kampung Moyog malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 8 malam itu, ketiga-tiga mangsa yang merupakan sepupu dalam perjalanan pulang ke Kampung Madsiang selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Tambunan.

Pemandu, steve oyong, 54, dan penumpang, rayner jentolmin@condrad, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi penumpang, maxwell minor, 29, dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, penolong penguasa bomba, zeno tingalan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.15 malam sebelum sembilan anggota bersama sebuah jentera dan unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Isuzu Bighorn yang terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

“Anggota bertindak menaikkan semua mangsa. Seorang mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh EMRS sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua mangsa lagi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mayat mereka telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Media Telus

+ - reset