TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiada laporan baharu terhadap 'Ceo Batu' – Polis

By
|
Kongsi
image

GOMBAK 29 Mei – Polis tidak menerima sebarang laporan baharu berkaitan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai ‘CEO Batu’ berhubung hantaran mesej berbaur lucah terhadap individu lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya hanya menerima satu laporan membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

“Suspek terbabit sudah diberi jamin pada 27 Mei lalu dengan kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, tiada laporan lain yang kami terima membabitkan suspek pertama. Hanya kes itu (remaja perempuan terbabit) diterima,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Sebelum ini, polis menahan reman pempengaruh terbabit selama empat hari sehingga semalam sebelum dilanjutkan sehari lagi.

Siasatan awal mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh dan mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal bulan ini menerusi aplikasi media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum ini, penyanyi dan aktivis Caprice mendedahkan beberapa kiriman mesej di media sosial yang didakwa berbaur lucah dihantar oleh seorang pempengaruh kepada remaja perempuan bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran di akaun Instagramnya, Caprice dihubungi ibu remaja terbabit yang meminta bantuan selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Antara tangkap layar yang dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dipercayai dengan niat untuk menunjukkan parut kesan pembedahan. - Media Telus

+ - reset