TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga pelajar cedera termasuk seorang putus jari main mercun ubah suai dalam asrama sekolah

By
|
Kongsi
image

JELI 24 Mac - Tiga pelajar sebuah sekolah agama di sini mengalami kecederaan dan melecur, termasuk seorang putus jari tangan, selepas mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol bersama batu kerikil.

Kejadian berlaku sekitar 4.40 petang ketika mereka bermain mercun yang telah diubah suai di asrama lelaki sekolah tersebut.

Mangsa, yang berusia antara 15 hingga 16 tahun, dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, mengesahkan kejadian itu dan berkata kejadian dipercayai berlaku di asrama lelaki sekolah agama berkenaan.

Menurut siasatan, mangsa cuba mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang dan batu kerikil ke dalam botol, menyebabkan mereka cedera di beberapa bahagian badan.

Salah seorang daripada mereka, yang berusia 16 tahun, kehilangan jari tangan kiri.

Kamarulzaman turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka semasa menyambut perayaan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Ini merupakan kejadian ketiga melibatkan kecederaan akibat mercun yang dilaporkan sepanjang Ramadan tahun ini.

Sebelum ini, dua beradik di Kuala Nerang, Kedah, cedera akibat bermain mercun bola, manakala pada 14 Mac lalu, seorang remaja lelaki di Machang, Kelantan, cedera parah selepas mercun bola meletup sebelum sempat dilempar.

+ - reset