Berita Berita
Dua jeti nelayan, rumah musnah terbakar di Sekinchan
SABAK BERNAM 25 Mac – Dua jeti nelayan dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Jeti Achok, Lorong 11, Sekinchan di sini hari ini.
Kebakaran tersebut turut menyebabkan sebuah van dan kereta terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.57 pagi dengan seramai 17 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi pemadaman.
Katanya, ini melibatkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, Tanjong Karang dan Sungai Besar bersama empat jentera.
“Kebakaran melibatkan deretan jeti ikan setinggan dan sebuah rumah dan api berjaya dikawal kira-kira pukul 10.04 pagi.
“Turut terbakar sebuah van sebanyak 95 peratus dan sebuah kereta Perodua Myvi pada lima peratus musnah,” katanya hari ini.
Terdahulu, kebakaran tersebut tular di media sosial menerusi beberapa video memaparkan keadaan cemas di sekitar lokasi kejadian.
Berita berkaitan
May 13, 2026, 6:42 pm
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
Sanusi gesa polis ambil tindakan ekstrem basmi sindiket dadah di Langkawi
May 13, 2026, 2:15 pm
Pelajar tingkatan satu maut di asrama akibat pendarahan kepala, paru-paru berair
May 13, 2026, 1:46 pm
Shamsul Azri puji sumbangan Azam Baki perkukuh SPRM sebagai badan penguat kuasa unggul
May 13, 2026, 1:43 pm
Johari Abdul Ghani bantah pengampunan Jho Low, gesa AS beri kerjasama
May 13, 2026, 9:46 am
Wanita warga asing ditahan kes buang bayi di Semporna
May 13, 2026, 9:05 am
Myvi keluar simpang mengejut, pemandu lori maut kemalangan di Geliga
May 13, 2026, 8:48 am
