TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tak timbul isu Anwar nak jumpa Trump, pembelian pesawat Boeing ikut prosedur, terma ditetapkan

By
|
Kongsi
image

PADANG RENGAS 26 Mac - Pembelian pesawat baharu Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dilakukan mengikut prosedur dan terma yang telah ditetapkan, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan pembelian pesawat itu mempunyai kepentingan tertentu.

Kamil menegaskan bahawa pembelian pesawat tersebut tidak seharusnya dipersoalkan kerana ia dilaksanakan mengikut pendekatan yang telah diamalkan sejak era kerajaan terdahulu.

“Proses pembelian pesawat ini memerlukan masa dan perlu diselaraskan mengikut harga dan faktor lain. Namun, ia baru sahaja dipersetujui oleh semua pihak.

"Sebelum ini, dasar dan pendekatan kita adalah untuk menggunakan pesawat Boeing, jadi tidak ada masalah dan tiada isu bahawa pembelian ini mempunyai kepentingan tertentu, termasuk untuk keperluan lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat,” katanya.

Pada 22 Mac lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, menjelaskan bahawa pembelian pesawat tersebut adalah pelaburan untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri penerbangan global.

Tengku Zafrul juga menambah bahawa langkah ini turut menyokong operasi Boeing Composites Malaysia (BCM), yang menghasilkan struktur pesawat Boeing di Malaysia dan menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

+ - reset