Berita Berita
Dua anjing liar terlepas sangkar serang empat penduduk selepas solat di Baling

BALING 1 April - Sekurang-kurangnya empat penduduk cedera selepas diserang dua ekor anjing yang terlepas dari rumah pemiliknya dekat Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Mansor Zakaria, berkata mangsa diserang anjing berkenaan ketika berada di luar sebuah surau usai solat Subuh.
Beliau berkata, kedua-dua anjing milik penduduk tempatan itu terlepas dari sangkar mereka sebelum menyerang orang awam menyebabkan beberapa orang cedera.
"Penduduk yang melihat kejadian terbabit cuba menghalau haiwan berkenaan, namun usaha mereka sia-sia sehinggalah pemiliknya tiba mententeramkan anjing itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mansor berkata, bahawa penduduk kemudiannya bersemuka dengan pemilik anjing itu.
"Penduduk sudah membuat laporan polis, dan saya sendiri sudah meminta Majlis Daerah Baling mengambil tindakan segera," katanya.
Katanya, beliau memandang serius kes itu dan pemilik anjing mesti bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku.
Berita berkaitan
June 27, 2025, 11:32 am
Dr Nooh Gadot dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1447H/2025M
June 27, 2025, 10:48 am
Agong berangkat sempurnakan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H
June 27, 2025, 10:29 am
Pelajar Tingkatan 5 maut motosikal ditunggang rempuh belakang lori di Pasir Puteh
June 27, 2025, 9:44 am
Amir Hamzah dilantik jalankan tugas Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta
June 27, 2025, 9:30 am
Bukan bapa murid atau penaja, KPM siasat lelaki Pakistan rasmi sukan sekolah di Kerian
June 26, 2025, 3:34 pm