TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Amir Hamzah dilantik jalankan tugas Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 27 Jun - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik untuk menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Baharuddin dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 25 Jun lalu.

"Jemaah Menteri bersetuju melantik Datuk Seri Amir Hamzah untuk menjalankan tugas Menteri Ekonomi," katanya.

Shamsul berkata, antara tanggungjawab utama yang akan digalas Amir adalah menyelaras dan merombak semula intipati Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai ini.

Pelantikan itu dibuat susulan kekosongan jawatan Menteri Ekonomi selepas Rafizi Ramli meletakkan jawatan, berikutan kekalahan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei lalu. - Media Telus

+ - reset