Berita Berita
Tiada lagi alasan, 6 pelajar MRSM Besut terlibat buli junior dibuang sekolah terus - Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR 27 Jun - Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil tindakan tegas dengan membuang serta-merta enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Terengganu yang terlibat dalam kes buli fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Dua.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu buli yang berlaku di mana-mana institusi pendidikan di bawah seliaan agensi itu.
“Semua enam pelajar MRSM di Terengganu yang didapati membuli secara fizikal telah diarahkan dibuang daripada maktab. Tiada kompromi atas apa jua alasan. #YouTouchYouGo,” katanya menerusi hantaran di Facebook, Khamis.
Tindakan tersebut diambil susulan laporan polis yang dibuat berhubung insiden buli terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan berlaku di asrama putera sebuah MRSM di Besut pada malam Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu, memaklumkan lima suspek telah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat permohonan reman terhadap kesemua pelajar terbabit.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa telah dipaksa duduk dalam kedudukan separa mencangkung dengan selipar diletakkan di atas kepala selama kira-kira 40 minit bermula jam 11.30 malam pada hari kejadian.
“Mangsa juga mendakwa ditumbuk di bahagian perut dan ditampar di muka oleh beberapa pelajar Tingkatan Tiga,” katanya dalam kenyataan Rabu lalu.
Kejadian itu disedari oleh warden asrama yang sedang bertugas sebelum membawa mangsa dan pelaku ke pejabat warden untuk tindakan lanjut. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh penjaganya bagi mendapatkan rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - Media Telus
Berita berkaitan
June 27, 2025, 1:33 pm
'Hentikanlah budaya saling menjatuhkan dan mencari salah' - Sultan Selangor
June 27, 2025, 1:23 pm
Diugut individu menyamar polis, penganggur sanggup gadai barang kemas ibu
June 27, 2025, 1:16 pm
MOF perjelas SST 8% hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu
June 27, 2025, 1:11 pm
Lima pelajar MRSM direman tiga hari bantu siasatan kes buli
June 27, 2025, 1:07 pm
'Kenapa tiba-tiba nak rombak RMK13 saat akhir, semasa saya bentang tak timbul pun?' - Rafizi
June 27, 2025, 1:03 pm
Pelan insurans kesihatan asas perlu rangkum keperluan rakyat – Lee Lam Thye
June 27, 2025, 12:57 pm
Penubuhan APDCAM langkah penting perkasa etika kutipan pinjaman
June 27, 2025, 12:45 pm
Wanita maut tercampak keluar, budak parah MPV terbabas langgar pembahagi jalan
June 27, 2025, 11:32 am
Dr Nooh Gadot dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1447H/2025M
June 27, 2025, 10:48 am