TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dr Nooh Gadot dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1447H/2025M

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 27 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Dr Nooh Gadot hari ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah bersamaan 2025 Masihi.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Turut mengiringi baginda, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu, Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi, Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Majlis turut dihadiri Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan para kenamaan lain.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah merupakan satu pengiktirafan tertinggi negara kepada tokoh yang banyak berjasa dalam pembangunan syiar Islam serta memberi sumbangan besar dalam kemajuan masyarakat dan negara.

+ - reset