Berita Berita
Anak sesak nafas, hampir pengsan diliwat, bapa kejam dipenjara 124 tahun, 92 sebatan cabul, rogol, liwat 2 anak

MUAR 26 Jun - Penderitaan dua beradik perempuan menjadi mangsa cabul, rogol dan liwat bapa selama 11 tahun lalu berakhir apabila lelaki itu dipenjara 124 tahun dan 92 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Dalam laporan Berita Harian, lelaki berusia 44 tahun dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap kesemua 14 pertuduhan yang dikemukakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
Buruh sawit itu dipenjara 21 tahun dan enam sebatan bagi pertuduhan pertama hingga ketiga atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan yang kini berusia 16 tahun.
Perbuatan itu dilakukan terhadap mangsa sejak berusia lima tahun di rumahnya di Batu Pahat pada waktu siang dan malam antara tahun 2014 hingga 2022.
Untuk pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan (d), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Bagi pertuduhan keempat hingga keempat belas, dia didakwa merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak sulungnya yang kini berusia 17 tahun di lokasi berbeza termasuk pondok dalam kebun sawit dan stor antara 2014 hingga Mei 2025.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (d) dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan dengan keseluruhan hukuman bagi semua kesalahan ini adalah penjara 103 tahun dan sebatan 86 kali.
Walau bagaimanapun, mahkamah memutuskan hukuman mengikut Seksyen 376 (3) dan Seksyen 14 (a) dan (d) berjalan serentak manakala Seksyen 16, tambahan hukuman berjalan sebaik selesai hukuman pertama.
Ini bermakna, bagi kesemua 14 pertuduhan, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman 22 tahun penjara manakala sebatan 24 kali memandangkan Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah menetapkan maksimum sejumlah itu.
Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat selepas ibu mangsa yang juga isteri tertuduh dipanggil pihak sekolah susulan prestasi kedua-anak mangsa merudum.
Mangsa kemudiannya menceritakan kepada guru dan ibu yang mereka dirogol, diliwat dan dicabul bapanya sejak mereka berusia lima dan enam tahun.
Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berada di rumah serta di pondok kebun sawit dengan tertuduh melakukan perbuatan itu tanpa kerelaan mangsa.
Seorang mangsa hampir pengsan serta sesak nafas selepas diliwat tertuduh walaupun berkali-kali merayu namun lelaki itu tidak mengendahkan.
Lebih kejam apabila, mangsa juga mengalami pendarahan serta diarahkan untuk tidak menceritakan kepada sesiapa termasuk ibunya jika tidak mahu diapa-apakan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis dua tahun sebaik selesai hukuman selari dengan Seksyen 27 AKKSTKK.
Berita berkaitan
June 26, 2025, 3:34 pm
AGC fail rayuan keputusan bebas Syed Saddiq
June 26, 2025, 2:32 pm
Cebisan daging bertaburan atas jalan, pelajar Tingkatan 3 antara 2 maut lumba haram di SKVE
June 26, 2025, 2:01 pm
Lelaki dijel sebulan tunggang basikal hingga sebabkan kemalangan maut
June 26, 2025, 1:38 pm
Operasi cari nelayan hilang di perairan Kuala Terengganu diteruskan hari ini
June 26, 2025, 1:33 pm
Steven Sim tidak berganjak lawan Zaharuddin isu pelantikan Johnny Lim
June 26, 2025, 1:28 pm
Warga emas aktif pecah rumah diberkas, polis rampas barangan mewah bernilai RM300,000
June 26, 2025, 1:22 pm