Berita Berita
Dua nelayan diselamatkan selepas bot karam, terapung lebih 24 jam di laut

KLANG 3 April - Dua nelayan warga Indonesia mengalami detik mencemaskan apabila terapung selama 24 jam selepas bot yang dinaiki terbalik dipukul ombak, dalam kejadian kira-kira 19 batu nautika di barat Pulau Tengah, semalam.
Mangsa, Roy Tampa, 25, dan Admeral Chaniago, 51, berjaya diselamatkan sekitar pukul 10 pagi oleh sebuah kapal minyak yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru dan segera melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada pukul 9.30 pagi.
Bagaimanapun, pusat operasi menerima maklumat daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) bahawa kapal minyak ORKIM Sapphire telah menemui dan menyelamatkan kedua-dua mangsa hanya setengah jam selepas operasi dimulakan.
Kapal minyak itu ketika kejadian sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Sungai Udang, Melaka ke Pulau Pinang.
Kedua-dua mangsa kemudiannya dipindahkan ke bot PENGAWAL 26 dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah pada pukul 5 petang. Setibanya di jeti, mangsa yang keletihan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.
Menurut Abdul Muhaimin, sepanjang tempoh bot karam, kedua-dua mangsa berpaut pada bot yang terbalik dan terus terapung selama 24 jam sebelum diselamatkan.
Kedua-dua nelayan itu telah diserahkan kepada wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia pada pukul 8 malam hari yang sama.
“Kami amat menghargai kerjasama semua pihak, terutama kapal minyak ORKIM Sapphire, yang bertindak pantas dan berjaya menyelamatkan nyawa mangsa,” katanya.
Berita berkaitan
June 9, 2025, 11:14 am
15 maut, ini senarai penuh penumpang bas UPSI terbabit kemalangan di Gerik
June 9, 2025, 10:45 am
UPSI buka bilik gerakan salur maklumat terkini kemalangan
June 9, 2025, 10:26 am
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika petik buah mangga atas pokok
June 9, 2025, 10:09 am
Pelacur patah kaki terjun bangunan elak serbuan di Sungai Petani
June 9, 2025, 9:56 am
Lelaki maut motosikal terbabas masuk sungai di Kuala Pilah
June 9, 2025, 9:45 am
Tragedi bas UPSI: PM, Wan Azizah zahir dukacita, arah bantuan segera
June 9, 2025, 8:21 am
Tragedi bas UPSI: KPT akan salur bantuan diperlukan – Zambry
June 9, 2025, 7:54 am
Fahmi Reza dakwa haknya sebagai rakyat dinafikan, nekad heret pihak berkuasa ke mahkamah
June 9, 2025, 7:32 am
15 pelajar UPSI maut, puluhan cedera nahas bas dan MPV di Gerik
June 8, 2025, 11:13 am