Berita Berita
Lelaki maut motosikal terbabas masuk sungai di Kuala Pilah

KUALA PILAH 9 Jun – Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas motosikal jenis Yamaha LC yang ditungganginya terbabas ke dalam sungai dalam kejadian di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berhampiran Taman Desa Anggerik, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dari arah Felda Lui Timur hendak menghala ke Kuala Lumpur.
“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam sungai. Mangsa disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian,” katanya.
Menurut beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Berita berkaitan
June 9, 2025, 2:31 pm
Tragedi bas UPSI: Kerajaan kaji semula SOP sewa bas oleh pelajar - Zambry
June 9, 2025, 12:39 pm
Bapa enggan ikat jamin anak bawah umur mengaku rogol rakan lebih 16 kali
June 9, 2025, 12:12 pm
Bas terbabit kemalangan disewa pelajar sendiri - Naib Canselor UPSI
June 9, 2025, 11:42 am
Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki OKU hilang sejak 2 Jun di Jerantut
June 9, 2025, 11:14 am
15 maut, ini senarai penuh penumpang bas UPSI terbabit kemalangan di Gerik
June 9, 2025, 10:45 am