Berita Berita
15 pelajar UPSI maut, puluhan cedera nahas bas dan MPV di Gerik

GERIK 9 Jun – Sekurang-kurangnya 15 individu maut manakala ramai lagi cedera dalam satu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli, berhampiran Tasik Banding awal pagi ini.
Berdasarkan maklumat awal yang diterima Astro AWANI, bas tersebut yang membawa pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.
"Bas tersebut dilapor bertolak dari Jerteh jam 9 malam tadi," menurut laporan.
Menurut Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 1.10 pagi.
"13 orang meninggal dunia di lokasi manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik," menurut laporan tersebut.
Selain itu, laporan turut menyatakan bahawa tujuh mangsa dirawat di zon merah, 20 orang di zon kuning, manakala enam lagi di zon hijau – menunjukkan tahap kecederaan yang berbeza-beza dalam kalangan mangsa.
Usaha mencari dan menyelamat serta siasatan lanjut masih sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Berita berkaitan
June 9, 2025, 2:31 pm
Tragedi bas UPSI: Kerajaan kaji semula SOP sewa bas oleh pelajar - Zambry
June 9, 2025, 12:39 pm
Bapa enggan ikat jamin anak bawah umur mengaku rogol rakan lebih 16 kali
June 9, 2025, 12:12 pm
Bas terbabit kemalangan disewa pelajar sendiri - Naib Canselor UPSI
June 9, 2025, 11:42 am
Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki OKU hilang sejak 2 Jun di Jerantut
June 9, 2025, 11:14 am
15 maut, ini senarai penuh penumpang bas UPSI terbabit kemalangan di Gerik
June 9, 2025, 10:45 am
UPSI buka bilik gerakan salur maklumat terkini kemalangan
June 9, 2025, 10:26 am