Berita Berita
Lembu korban mati jatuh perigi di Kampung Sireh

KOTA BHARU 8 Jun – Seekor lembu yang sepatutnya dikorbankan sempena Aidiladha ditemui mati selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Sireh, semalam.
Menurut kenyataan Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Sebaik menerima panggilan, satu pasukan terdiri daripada seorang pegawai dan lapan anggota bersama peralatan khas telah digerakkan ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu menerusi Facebook.
Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati lembu tersebut telah mati akibat terjatuh ke dalam perigi. Operasi mengeluarkan bangkai lembu dijalankan menggunakan peralatan khas.
Operasi tersebut berjaya diselesaikan tanpa sebarang kecederaan atau risiko keselamatan kepada anggota penyelamat. – Media Telus
Berita berkaitan
June 8, 2025, 11:06 am
Lelaki meninggal dunia selepas sertai gotong-royong korban Aidiladha
June 8, 2025, 11:00 am
Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama setakat pagi ini
June 8, 2025, 10:53 am
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci, jumlah kini sembilan orang
June 8, 2025, 10:44 am
Anthony Loke kongsi pengalaman cemas penerbangan empat jam akibat cuaca buruk
June 8, 2025, 10:07 am
Tradisi 25 tahun, Al-Madrasatul Faridiyah rai Aidiladha dengan korban 150 kambing, 7 lembu
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am