Berita Berita
Tragedi bas UPSI: KPT akan salur bantuan diperlukan – Zambry

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan susulan tragedi kemalangan bas yang setakat ini mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dalam kenyataan ringkas di Facebook pagi ini berkata:
"Salam takziah untuk keluarga mangsa kemalangan yang turut membabitkan warga UPSI awal pagi tadi."
Zambry memaklumkan bahawa maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa, dan kementerian bersedia memberikan segala sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada pihak terlibat.
Terdahulu, dilaporkan bahawa seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut dan tujuh lagi parah apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Jeli - Gerik berhampiran Tasik Banding, Perak, awal pagi tadi.
Menurut laporan awal, 13 pelajar meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa maut di Hospital Gerik.
Kemalangan yang dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi itu turut membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai jenis Perodua Alza.
Berita berkaitan
June 9, 2025, 2:31 pm
Tragedi bas UPSI: Kerajaan kaji semula SOP sewa bas oleh pelajar - Zambry
June 9, 2025, 12:39 pm
Bapa enggan ikat jamin anak bawah umur mengaku rogol rakan lebih 16 kali
June 9, 2025, 12:12 pm
Bas terbabit kemalangan disewa pelajar sendiri - Naib Canselor UPSI
June 9, 2025, 11:42 am
Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki OKU hilang sejak 2 Jun di Jerantut
June 9, 2025, 11:14 am
15 maut, ini senarai penuh penumpang bas UPSI terbabit kemalangan di Gerik
June 9, 2025, 10:45 am
UPSI buka bilik gerakan salur maklumat terkini kemalangan
June 9, 2025, 10:26 am
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika petik buah mangga atas pokok
June 9, 2025, 10:09 am