Berita Berita
Anggota polis ditemui meninggal dunia di Kuarters PGA Galing

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal dari Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kem Galing, di sini, pada malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam. Mangsa yang berusia 42 tahun dipercayai telah meninggal dunia antara tiga hingga empat hari sebelum penemuan.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya yang terletak di tingkat enam kuarters kem berkenaan. Mangsa yang tinggal bersendirian, ditemui oleh dua rakannya yang mencarinya setelah gagal dihubungi bagi tugasan operasi yang dijadualkan.
Pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu kediaman selepas mangsa tidak memberikan sebarang respons terhadap panggilan telefon. Hasil pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Menurut polis, adik mangsa memaklumkan bahawa arwah menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar dua tahun lalu, selain masih bergantung kepada ubat-ubatan untuk rawatan penyakitnya.
Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. - Media Telus
Berita berkaitan
September 13, 2025, 10:11 pm
Anwar jamin harga RON95 turun RM1.99 seliter akhir September
September 13, 2025, 9:55 pm
KPM pesan mana-mana pihak boleh sumbang kepada sekolah tapi perlu ikut garis panduan ditetapkan
September 13, 2025, 9:34 pm
Rafizi, MP Subang terima ugutan video seks sejenis, diarah bayar RM470,000
September 13, 2025, 6:50 pm
UMANY mohon maaf, bukan niat cadang mansuh matrikulasi, tapi gabung dengan STPM
September 13, 2025, 4:57 pm
'Ambil iktibar krisis luar negara, perpaduan jadi kunci keamanan' - Anwar
September 13, 2025, 4:44 pm
Matrikulasi perlu kekal demi akses pendidikan tinggi yang adil - UTM
September 13, 2025, 3:34 pm
Masa depan pelajar bakal terjejas, UPSI tolak cadangan mansuh matrikulasi
September 13, 2025, 2:24 pm
'Guna nama adik, anak jadi proksi' - Suami isteri pegawai imigresen guna wang rasuah buka kedai emas
September 13, 2025, 1:39 pm
Hak Melayu-Islam perlu dipertahan, tapi jangan nafikan hak kaum lain juga' - Anwar
September 13, 2025, 1:18 pm