Berita Berita
Polis tahan 8 individu termasuk 2 'Datuk', aset lebih RM3.1 bilion disita

KUALA LUMPUR 11 April - Seramai tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan berbentuk Skim Ponzi yang dikenali sebagai ‘Pelaburan MBI’, dipercayai berpusat di sebuah negara jiran.
Kesemua mereka ditahan menerusi Operasi Northern Star yang dijalankan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urusetia Ketua Polis Negara, Bukit Aman pada 20 Mac lalu, susulan maklumat diperoleh melalui Notis Merah dikeluarkan oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata kesemua suspek yang berusia antara 44 hingga 52 tahun termasuk dua usahawan dan dua peguam bergelar ‘Datuk’ telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta AMLATFPUAA 2001 (Akta 613).
“Dalam operasi itu, pasukan AMLA turut mengambil tindakan membeku dan menyita aset yang dianggarkan bernilai RM3.17 bilion.
“Aset yang dirampas dan dibekukan dipercayai hasil kegiatan haram berkaitan pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Antara aset yang disita termasuk 638 akaun bank dan saham bernilai RM1.16 bilion, 35 unit hartanah dianggarkan bernilai RM2.01 bilion, 10 kenderaan mewah, 12 jam tangan mewah, wang tunai, barang kemas, enam telefon bimbit, dua komputer riba, empat beg tangan berjenama serta pelbagai dokumen penting.
Tambah beliau, siasatan lanjut akan diteruskan terhadap mana-mana individu atau entiti yang disyaki terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti pengubahan wang haram berkaitan penipuan pelaburan ini.
Berita berkaitan
June 29, 2025, 9:03 am
Tiga maut, seorang kritikal bot terbalik di Pulau Perhentian
June 28, 2025, 10:30 pm
Dua warga emas maut, 9 cedera termasuk bayi dalam kemalangan 5 kenderaan di Kota Tinggi
June 28, 2025, 7:33 pm
Bayi lelaki baru lahir dibuang dalam plastik di tepi jalan dekat masjid di Kuala Selangor
June 28, 2025, 7:15 pm
Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily ditukar ke AKPS, M Kumar bakal ambil alih
June 28, 2025, 12:53 pm
Pendaki Malaysia parah jatuh 200 meter di Gunung Rinjani
June 28, 2025, 11:06 am
Orang ramai terkejut jumpa mayat terapung di Tasik Danau Kota
June 28, 2025, 10:47 am
Ada mangsa lain rupanya, 2 lagi pelajar MRSM Besut ditahan terlibat kes buli
June 28, 2025, 10:05 am
Pelajar Tingkatan 4 lemas ketika mahu lepaskan mata kail tersangkut di Sungai Besut
June 28, 2025, 8:44 am
Siap sedia, cuaca panas di seluruh negara bermula hari ini
June 27, 2025, 4:49 pm