Berita Berita
Polis buat fotofit suspek simbah asid Faisal Halim dari CCTV
KUALA LUMPUR 11 Mei - Polis dalam proses menghasilkan lakaran fotofit suspek kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak, Faisal Halim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata proses berkenaan akan dimulakan hari ini dengan bantuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
"Hari ini kita akan buat fotofit, daripada situ nanti mungkin kita juga mengumpulkan maklumat.
"Mungkin sudah ada maklumat yang kita kumpulkan dengan fotofit dan juga menerusi kesan cap jari yang akan diambil untuk kita kaji," katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Autisme di Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pusat Autisme Pengaman, Tan Sri Hussin Ismail; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.
Beliau berkata pihaknya amat serius dalam menjalankan siasatan kes ini untuk memastikan pelakunya tertangkap walaupun mungkin mengambil masa.
"Kita akan teruskan siasatan kita macam kita menyiasat kes Zayn Rayyan, walaupun mungkin ambil masa panjang dan lama, kita akan buat (siasatan), Insya-Allah.
"Atas risikan dan siasatan, barulah kita mengambil tindakan menangkap ke atas suspek yang kita kenal pasti.
"Kita pun perlu ada bukti. Kita tak boleh tangkap orang sesuka hati," katanya.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata setakat ini lebih 12 saksi sudah selesai dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berkait kes ini termasuk Faisal sendiri.
"Keterangan Faisal sudah dirakam lebih awal, selain lebih 12 saksi lain termasuk keluarga, ipar mangsa, pengawal keselamatan (di lokasi kejadian) dan doktor.
"Selain itu, kita turut merakam keterangan beberapa saksi lain yang berkepentingan untuk siasatan kita," katanya.
Mengenai proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini, Razarudin berkata pihaknya yakin proses akan berjalan dengan baik dan PDRM akan memastikan keselamatan awam khususnya pada mereka yang keluar mengundi.
"Kita sudah tetapkan pegawai di saluran dan bilik gerakan ada anggota bertugas daripada sebelum, semasa, dan selepas ini. Saya yakin akan menentukan keamanan dan ketenteraman kepada pengundi yang keluar mengundi.
"Kita sudah lalui banyak kali (pilihan raya) terutama PRK. 'Ground commander' adalah KP (Ketua Polis) Selangor sendiri dan selepas (majlis) ini saya juga akan turun melawat petugas-petugas," katanya. - Berita Harian
#SIMBAHASID #FAISALHALIM #FOTOFIT
Berita berkaitan
October 28, 2025, 8:59 pm
Khairy kritik sambutan keterlaluan ketibaan Trump ke Malaysia
October 28, 2025, 8:49 pm
Warden bekas tentera tingkat disiplin pelajar MRSM – Asyraf Wajdi
October 28, 2025, 8:39 pm
Anwar kongsi pengalaman menaiki limosin rasmi Presiden AS ‘The Beast’ bersama Trump
October 28, 2025, 8:33 pm
Ibu bapa kanak-kanak cedera dikelar ditahan polis
October 28, 2025, 8:27 pm
Trump puji Malaysia sebagai negara hebat dan bertenaga selepas lawatan rasmi dua hari
October 28, 2025, 7:20 pm
'Mahu tolong lebih ramai orang, wujud peluang pekerjaan' - Rafizi buka kedai makan, barangan harian RM5
October 28, 2025, 5:20 pm
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ditutup, Malaysia serah kepengerusian kepada Filipina
October 28, 2025, 4:08 pm
Polis tahan tukang masak wanita sebar video kemaluan lelaki OKU ‘Mat Tere’
October 28, 2025, 3:19 pm
Sembilan lelaki termasuk remaja ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan Rengit
October 28, 2025, 3:14 pm
