Berita Berita
Lelaki maut, 2 cedera dalam nahas dua lori di Lebuh Raya Elite

SUBANG JAYA 7 Mei – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam nahas dua kenderaan di kilometer (KM) 9.9 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 5.48 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan dua buah lori jenis Hicom.
“Mangsa lelaki berusia 40-an yang memandu sebuah lori tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan pada pukul 6.15 pagi.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, dua lagi mangsa lelaki iaitu pemandu dan penumpang berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan ringan.
Berita berkaitan
June 22, 2025, 11:57 am
Polis sahkan anggota bertugas cabut suis motosikal pelajar dalam video tular
June 22, 2025, 9:27 am
Bas terbabas di jalan Genting, 25 penumpang berdepan detik cemas
June 22, 2025, 9:20 am
Polis siasat video palsu libatkan bekas ketua polis negara
June 21, 2025, 8:02 pm
NTW 2025 catat kejayaan luar biasa, 3.2 juta penyertaan melebihi sasaran
June 21, 2025, 2:01 pm
Malaysia pantau rapat konflik Iran-Israel, utamakan keselamatan rakyat – Mindef
June 21, 2025, 1:55 pm
KDN FC bakal dibimbing Elavarasan dan jurulatih antarabangsa musim depan
June 21, 2025, 1:49 pm
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai KPN
June 21, 2025, 1:44 pm
Guru pusat asuhan ditahan, dua kanak-kanak didakwa dirotan
June 21, 2025, 1:35 pm