Berita Berita
Cuba lari serbuan khalwat, lelaki menyorok di balkoni tingkat 19

KOTA BHARU 7 Mei - Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes khalwat bertindak cuba melarikan diri dengan bersembunyi di balkoni tingkat 19 sebuah apartmen terkenal di sini, pagi Rabu.
Insiden itu memaksa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mendapatkan bantuan pasukan bomba bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.27 pagi dan tiba di lokasi sekitar jam 9.42 pagi.
“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki berada di balkoni tingkat 19 dan dipercayai cuba melarikan diri daripada serbuan Jaheaik,” katanya.
Bagaimanapun, lelaki berusia lingkungan 30-an itu akhirnya berjaya dipujuk keluar tanpa insiden, hasil kerjasama antara pihak bomba dan Jaheaik.
Zukeri memaklumkan bahawa tindakan lanjut diserahkan kepada pihak berkuasa agama dan operasi ditamatkan pada jam 9.57 pagi. - Media Telus
Berita berkaitan
May 11, 2025, 10:46 am
Penunggang maut rempuh treler rosak di bahu jalan
May 10, 2025, 9:40 am
Dua beradik terbabit kemalangan selepas pulang dari masjid, seorang maut
May 10, 2025, 9:12 am
MYExpo Dili 2025 buka tirai, perkukuh hubungan ekonomi dan budaya Malaysia–Timor Leste
May 10, 2025, 8:56 am
Feri Pulau Pinang percuma sempena Hari Wesak
May 10, 2025, 8:48 am
Mayat bayi ditemui tersangkut pada batu di Sungai Klang
May 10, 2025, 8:29 am
Polis siasat kes peniaga didakwa aniaya kucing di Medan Selera Lebuh Cecil
May 9, 2025, 10:51 pm
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun
May 9, 2025, 5:54 pm