Berita Berita
Tujuh buku diwartakan di bawah perintah larangan KDN

PUTRAJAYA 27 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan terhadap tujuh penerbitan menerusi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) susulan kebimbangan terhadap keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.
KDN dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan, langkah itu diambil bagi mengekang penyebaran fahaman, ideologi atau gerakan yang boleh menggugat kestabilan negara.
Antara tujuh penerbitan yang disenaraikan ialah:
-
Love, Theoretically – Ali Hazelwood
-
Tuan Ziyad: Forbidden Love – Bellesa
-
Darlingku Mr Cold Mafia – Nur Firsha Nadia Mohd Noor Kusairi (ShaDhia)
-
Mischievous Killer – Aira Syuhairah Noradzan (Ariaseva)
-
Suhuf Abraham
-
Kougar 2 – Shaz Johar
-
The American Roommate Experiment – Elena Armas
“Perintah Larangan ini adalah mekanisme kawalan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi memastikan sebarang bentuk ancaman tidak berlaku dalam masyarakat,” menurut kenyataan itu.
Berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 7(1) Akta 301, semua bentuk aktiviti berkaitan dengan penerbitan berkenaan termasuk pencetakan, pengedaran, pemilikan dan penjualan adalah dilarang sama sekali di Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
August 19, 2025, 9:47 pm
Akmal Saleh pulang awal dari umrah, berdepan pertuduhan di mahkamah Jumaat ini kes Jalur Gemilang
August 19, 2025, 6:11 pm
Buli asrama Sungai Udang: Lebih 20 pelajar dipaksa ‘hukuman ganas’, dua senior disiasat polis
August 19, 2025, 5:49 pm
Cemas di EDL: Pelajar wanita pandu lawan arus lima minit, nyaris undang tragedi
August 19, 2025, 5:48 pm
Bapa yakin anak OKU hilang di Bukit Tabur 19 hari lalu masih hidup, tetap setia tunggu kepulangan
August 19, 2025, 5:43 pm
Orang ramai disaran daftar MyDigital ID segera, akses MyJPJ dan MyBayar PDRM lebih lancar
August 19, 2025, 5:36 pm
Kerajaan kaji semula sekatan perjalanan peminjam PTPTN
August 19, 2025, 5:31 pm
SJA kesal wartawan diganggu ketika liputan inkues kematian Zara Qairina
August 19, 2025, 5:22 pm
Saksi utama perbicaraan kes rasuah Guan Eng mohon perlindungan polis
August 19, 2025, 5:14 pm