Berita Berita
Guru wanita skandal dengan abang 'CCTV & Wiring' direhatkan daripada mengajar - Fadhlina
NIBONG TEBAL 27 Mei - Seorang guru wanita dari sebuah sekolah menengah di selatan tanah air telah direhatkan daripada menjalankan tugas pengajaran susulan kontroversi dakwaan menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tindakan tersebut diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan siasatan dalaman dapat dijalankan dengan lancar, memandangkan isu itu melibatkan integriti, kelakuan dan akhlak guru terbabit.
Bagaimanapun, guru berkenaan masih ditugaskan melaksanakan tugasan tertentu sebagai kakitangan awam sepanjang tempoh siasatan dijalankan.
“Tidak, tidak (mengajar). Dia direhatkan daripada mengajar. Kita telah mengambil pendekatan untuk memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, guru terbabit perlu berada dalam proses siasatan tersebut dan tidak mengganggu perjalanan siasatan.
“Maknanya, kita telah mengeluarkan beliau daripada sekolah supaya siasatan boleh berlangsung dengan lebih mudah dan bebas daripada sebarang gangguan.
“Namun begitu, beliau masih menjalankan tugas-tugas sebagai seorang kakitangan awam sementara siasatan diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Dermasiswa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) anjuran Farm Fresh Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah, pada Selasa.
Fadhlina menegaskan bahawa KPM memandang serius semua isu melibatkan integriti dan etika dalam profesion keguruan.
“KPM mengambil isu ini secara serius, sama ada yang berlaku secara rasmi mahupun yang tular di media sosial. Kita bertanggungjawab memastikan semua guru mematuhi standard integriti dan etika keguruan yang ditetapkan oleh kementerian.
“Jaminan kami adalah untuk mempertahankan nilai etika dan integriti dalam profesion keguruan. Mudah-mudahan guru-guru kita sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan semua guru agar sentiasa menjaga tingkah laku mereka, sama ada ketika berada di sekolah mahupun di luar waktu persekolahan.
“Ini adalah tanggungjawab KPM terhadap etika dan integriti keguruan. Kita akan sentiasa mengingatkan guru-guru agar memelihara tingkah laku mereka kerana mereka membawa imej profesion pendidikan dan dilihat sebagai suri teladan dalam masyarakat,” katanya.
Terdahulu, media sosial digemparkan dengan dakwaan hubungan terlarang antara seorang guru wanita dan lelaki yang masih berstatus suami. Beberapa klip video menunjukkan isteri lelaki berkenaan bersemuka dengan guru tersebut turut tular.
Kontroversi itu tercetus susulan penyebaran tangkap layar mesej berunsur lucah di aplikasi WhatsApp yang didakwa antara kedua-dua individu terbabit. Berdasarkan dakwaan yang tersebar, hubungan itu dikatakan bermula apabila lelaki tersebut menawarkan khidmat pemasangan CCTV dan pendawaian elektrik di rumah guru tersebut.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:26 am
MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu harga minyak di media sosial
April 2, 2026, 11:15 am
