Berita Berita
Cikgu Fadilah buat laporan polis selepas video seks tersebar

ALOR GAJAH 31 Mei – Guru wanita yang mengaku bersalah atas cubaan melakukan persetubuhan haram dengan seorang juruelektrik yang dikenali sebagai ‘Abang Wiring’, tampil membuat laporan polis selepas mendapati video seks dirinya tersebar.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.
“Cikgu Fadilah tidak berpuas hati apabila mendapati video seks dirinya tersebar. Polis turut membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM).
“Bagaimanapun, kita belum dapat menjejaki video berkenaan kerana dipercayai telah dipadam dari telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.
Beliau berkata, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
Semalam, Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, 31, dan Nur Fadilah Zainal, 31, masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram.
Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda, mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara sehingga 36 bulan atau kedua-duanya.
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa melakukan cubaan persetubuhan haram dengan bukan pasangan yang sah di sisi syarak, di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai dalam daerah Alor Gajah, kira-kira jam 9 malam pada 28 Februari lalu.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Atras Mohamad Zin dibantu oleh Pendakwa Syarie Radzwan Abdullah.
Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 52 kerana tiada peruntukan khusus bagi kesalahan persetubuhan luar nikah antara pasangan bukan suami isteri, walaupun kedua-dua tertuduh mengakui melakukan perbuatan itu.
Kedua-dua tertuduh dilaporkan sudah berkahwin dan masing-masing mempunyai anak. – Media Telus
Berita berkaitan
August 15, 2025, 11:43 pm
'Kantoi' kemuka tempahan hotel palsu, 98 warga Bangladesh ditolak masuk Malaysia di KLIA
August 15, 2025, 11:19 pm
Buli kini jenayah, pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G diselaraskan - Fahmi
August 15, 2025, 8:37 pm
Budak 10 tahun di Melaka merajuk keluar rumah gara-gara disuruh tidur awal
August 15, 2025, 6:00 pm
AGC pesan rakyat jangan ambil tindakan sendiri isu bendera, serah saja kepada pihak berkuasa
August 15, 2025, 5:12 pm
Kerajaan beri elaun khas kepada penjawat awam sambung belajar -PM
August 15, 2025, 5:02 pm
Persidangan TVET ASEAN perkukuh ekonomi hijau dan digital seiring kemahiran masa depan
August 15, 2025, 4:37 pm
KPM laksana pengambilan guru tetap 2 kali setahun atasi kekosongan
August 15, 2025, 3:55 pm