TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Nurul Izzah, suami berangkat tunai ibadah haji

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, bersama suaminya, Yin Shao Loong, dilaporkan sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Perkara itu diketahui melalui satu video yang dikongsikan di akaun TikTok peminat Nurul Izzah pagi ini, memaparkan pasangan berkenaan dalam suasana ibadah bersama jemaah lain.

Terdahulu, dalam Kongres Nasional PKR bulan lalu, Nurul Izzah telah memaklumkan hasratnya untuk menunaikan Rukun Islam kelima tahun ini.

Hasrat tersebut kini direalisasikan tidak lama selepas beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu, mengalahkan penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli, dalam pemilihan parti pada 23 Mei lalu.

Difahamkan, sebaik sahaja pulang dari tanah suci, Nurul Izzah akan memberi tumpuan terhadap pengukuhan hubungan sesama ahli parti dan reformasi dalaman PKR.

Fokus ini dilihat penting bagi memperkukuh jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Langkah ini selaras dengan iltizam kepimpinan baharu PKR untuk memperkukuh perpaduan dalaman dan menjayakan agenda pembaharuan parti demi menghadapi cabaran politik masa hadapan.

+ - reset