Berita Berita
Kilang sarung tangan di Kulim diarahkan henti operasi kerana cemar longkang awam

KULIM 28 Julai – Sebuah kilang pengeluaran sarung tangan getah di sini diarahkan menghentikan operasi serta-merta selepas dikesan melepaskan air sisa berbuih ke dalam longkang awam, kata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah.
Menurut Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab, tindakan itu susulan aduan orang awam yang diterima semalam dan disusuli siasatan segera oleh pasukan penyiasat JAS ke lokasi terlibat.
“Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut membuang air sisa berbuih secara terus ke dalam sistem saliran awam. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah boleh menjejaskan ekosistem air dan kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, JAS Kedah telah melaksanakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebagai langkah segera menghentikan pencemaran.
Satu kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 25 akta sama (Pindaan 2024). Jika disabit kesalahan, pihak kilang boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM10 juta.
“JAS memandang serius isu ini dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pencemaran alam sekitar,” tegas beliau.
Dalam masa sama, beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan pencemaran untuk menyalurkannya ke talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui sistem e-aduan di eaduan.doe.gov.my. – Media Telus
Berita berkaitan
September 2, 2025, 7:50 pm
Ketua Polis Negara ziarah jenazah pengiring Agong maut kemalangan
September 2, 2025, 7:44 pm
Pengiring bermotosikal Agong maut kemalangan di Ulu Yam
September 2, 2025, 7:37 pm
Cemburu perniagaan punca peniaga wanita maki pengusaha pusat kecantikan
September 2, 2025, 6:35 pm
Polis tahan lelaki lepaskan tembakan ke udara semasa upacara sembahyang di kuil di Bestari Jaya
September 2, 2025, 6:17 pm
Ditemui kritikal selepas hadiri demonstrasi, 3 pelajar maut dalam rusuhan di Jakarta
September 2, 2025, 5:38 pm
Polis gempur 395 premis judi haram, tahan 328 individu dalam tempoh 2 hari
September 2, 2025, 4:58 pm
'Duit isteri saya tak masuk campur' - Bung tak tahu RM2.8 juta masuk akaun Zizie Izette
September 2, 2025, 3:34 pm
6 tahun berumahtangga, isteri Faisal Halim fail cerai
September 2, 2025, 2:55 pm
JPN Pulau Pinang pertimbang cuti rehat khas untuk guru wanita dikelar suami
September 2, 2025, 2:43 pm