TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerja keras, wanita warga asing jadi pembantu rumah waktu siang, malam layan pelanggan di pusat hiburan

By
|
Kongsi
image

 

BUKIT MERTAJAM, 4 Ogos – Taktik licik wanita warga asing yang bekerja sebagai pembantu rumah pada waktu siang, namun beralih peranan sebagai pelayan pelanggan di pusat hiburan pada waktu malam terbongkar dalam serbuan Imigresen, awal pagi tadi.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Basri Othman berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan ke atas sebuah premis hiburan yang dijadikan pusat kegiatan tidak bermoral.

“Operasi bermula sekitar jam 1.30 pagi itu menyaksikan pasukan Imigresen mengepung beberapa bilik yang dijadikan tempat aktiviti hiburan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Seramai 12 wanita warga asing berusia sekitar 30-an ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Mereka terdiri daripada tujuh warga Thailand, tiga Indonesia dan dua Vietnam.
Seorang daripada mereka dikesan memiliki pas sah sebagai pembantu rumah, manakala yang lain termasuk pekerja kilang,” katanya.

Basri berkata, siasatan awal mendapati kesemua wanita berkenaan telah bekerja di premis tersebut antara lima hingga enam bulan, dengan caj perkhidmatan kepada pelanggan mencecah RM250 sejam.

“Ketika diserbu, mereka sedang leka melayan pelanggan masing-masing. Kesemua individu disyaki melanggar syarat pas lawatan kerja dan tinggal lebih masa tanpa dokumen sah,” katanya.

Kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk siasatan lanjut sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Jawi.

Menurut Basri, kes disiasat mengikut Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

+ - reset