TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Ia satu kesilapan, tak perlu politikkan isu SJKC pasang Jalur Gemilang terbalik' - Anthony Loke

By
|
Kongsi
image

 

SEREMBAN, 4 Ogos – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa kesilapan memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson tidak wajar dijadikan isu politik.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada kesilapan itu disengajakan atau sebaliknya.

“Setiap kali berlaku isu seperti ini, pasti ada pihak cuba mempolitikkan. Tapi saya rasa ia satu kesilapan, dan kita serahkan kepada KPM untuk siasat,” katanya selepas melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Seremban di SMJKC Chan Wa, di sini, Isnin.

Ahli Parlimen Seremban itu turut menasihati semua pihak agar lebih berhati-hati dan peka terhadap simbol negara, terutama ketika mengibarkan Jalur Gemilang.

“Kita beri peringatan kepada semua supaya kibarkan Jalur Gemilang secara betul dan hormat. Ia simbol negara dan mesti dijaga,” ujarnya.

Anthony Loke turut menggesa rakyat menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan memupuk rasa cinta kepada negara, terutama dari peringkat sekolah.

Terdahulu, media melaporkan bahawa SJKC Chung Hua di Port Dickson telah memohon maaf secara terbukaselepas insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik yang berlaku pada 1 Ogos lalu.

Menurut kenyataan bersama Lembaga Pengelola, PIBG dan pihak sekolah, kesilapan itu telah dikesali dan sudah diperbetulkan.

 

+ - reset