Berita Berita
Polis siasat insiden Jalur Gemilang terbalik di SJKC Port Dickson

PORT DICKSON 4 Ogos – Polis sedang menyiasat insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah ini, yang berlaku pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun mengenai kejadian itu pada jam 10 malam semalam.
“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu ketika pemasangan Jalur Gemilang sempena kempen Bulan Kemerdekaan di sekolah berkenaan.
Polis sudah mengenal pasti individu terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dan bendera berkenaan telah diturunkan semula pada hari kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Maslan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan isu berkenaan kerana boleh mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam.
Semalam, pihak sekolah telah memohon maaf secara terbuka berhubung kejadian itu, manakala Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap sekolah terbabit. – Media Telus
Berita berkaitan
August 4, 2025, 6:49 pm
Rafizi cadang tamat sekolah umur 16 tahun, fokus kepada pendidikan awal dalam RMK13
August 4, 2025, 4:18 pm
'Ia satu kesilapan, tak perlu politikkan isu SJKC pasang Jalur Gemilang terbalik' - Anthony Loke
August 4, 2025, 4:00 pm
Pinjaman 'Buy Now Pay Later' cecah RM38 bilion, kerajaan sedia perketat undang-undang
August 4, 2025, 3:27 pm
Pakar psikologi dakwa tiada bukti pengabaian terhadap Zayn Rayyan
August 4, 2025, 3:23 pm
Warga emas didakwa cabul remaja 16 tahun dalam teksi ketika berhenti di lampu isyarat
August 4, 2025, 12:55 pm