Berita Berita
Bayi 7 bulan di Cheras disahkan maut akibat didera sejak sebulan lalu, tengkorak retak dan lebam satu badan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan disahkan meninggal dunia akibat penderaan dan penganiayaan berterusan sejak sebulan lalu, menurut siasatan polis.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu mengalami kecederaan serius termasuk retakan pada tengkorak kepala dan lebam di seluruh badan.
“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pelbagai di seluruh tubuh dan keretakan pada tengkorak.
Kematian berpunca daripada penderaan berpanjangan yang berlaku sekurang-kurangnya selama sebulan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati penderaan dilakukan oleh ibu angkat mangsa yang didakwa mengalami tekanan akibat bayi itu sering menangis.
“Motif dipercayai berpunca daripada tekanan yang dialami suspek wanita kerana bayi kerap menangis.
Suspek lelaki bekerja sebagai jurujual manakala isterinya tidak bekerja,” katanya.
Kejadian itu terbongkar selepas suspek lelaki menghubungi pihak polis sekitar jam 9.34 malam pada 30 Julai dan memaklumkan bahawa bayi berkenaan tidak sedarkan diri di rumah mereka di sebuah kondominium di Cheras.
Pasangan suami isteri itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek wanita positif dadah,” tambah Mohamed Usuf.
Difahamkan, bayi malang itu mula dijaga oleh pasangan tersebut sejak 18 Jun lalu selepas ibu kandungnya pulang ke Indonesia.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti sejarah penjagaan dan sebarang kemungkinan penderaan lampau terhadap mangsa.
Berita berkaitan
August 4, 2025, 4:18 pm
'Ia satu kesilapan, tak perlu politikkan isu SJKC pasang Jalur Gemilang terbalik' - Anthony Loke
August 4, 2025, 4:00 pm
Pinjaman 'Buy Now Pay Later' cecah RM38 bilion, kerajaan sedia perketat undang-undang
August 4, 2025, 3:27 pm
Pakar psikologi dakwa tiada bukti pengabaian terhadap Zayn Rayyan
August 4, 2025, 3:23 pm
Warga emas didakwa cabul remaja 16 tahun dalam teksi ketika berhenti di lampu isyarat
August 4, 2025, 3:10 pm
Polis siasat insiden Jalur Gemilang terbalik di SJKC Port Dickson
August 4, 2025, 12:55 pm
Hanya sijil halal AS diiktiraf JAKIM dibenar untuk import – Tengku Zafrul
August 4, 2025, 12:26 pm
MoT kekal larangan keluaran nombor pendaftaran khas untuk NGO, syarikat
August 4, 2025, 12:25 pm