Berita Berita
Pinjaman 'Buy Now Pay Later' cecah RM38 bilion, kerajaan sedia perketat undang-undang

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Jumlah pinjaman melalui skim Buy Now, Pay Later (BNPL) di Malaysia mencatat RM38 bilion setakat 30 Jun lalu, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Menurut beliau, jumlah itu mewakili 0.2 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah negara.
“Tunggakan pinjaman BNPL berjumlah RM121.8 juta, bersamaan 3.2 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman BNPL,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam separuh pertama tahun ini sahaja, BNPL merekodkan 102.6 juta transaksi dengan nilai mencecah RM9.3 bilion, menunjukkan peningkatan 31 peratus berbanding tempoh enam bulan sebelumnya.
Menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN–Pendang) mengenai klasifikasi BNPL sebagai kredit berisiko sosial, Amir Hamzah berkata kawalan ke atas produk hanya akan diperkenalkan jika ia terbukti menjejaskan kesejahteraan pengguna.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Young Syefura Othman (PH–Bentong) mengenai kadar faedah melampau dan caj penalti, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan sedang memperkukuh kawal selia industri BNPL.
“Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) dan Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 akan diperkenalkan sebagai asas pengawalseliaan.
Ini penting bagi memastikan BNPL berkembang secara bertanggungjawab dan terkawal,” jelas beliau.
Amir Hamzah turut memaklumkan bahawa penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna akan memberi kuasa penguatkuasaan terhadap penyedia BNPL yang melanggar peraturan.
“Kita sedang meneliti pendekatan terbaik agar pengguna tidak terperangkap dalam hutang yang tidak terkawal,” katanya.
Berita berkaitan
August 4, 2025, 6:49 pm
Rafizi cadang tamat sekolah umur 16 tahun, fokus kepada pendidikan awal dalam RMK13
August 4, 2025, 4:18 pm
'Ia satu kesilapan, tak perlu politikkan isu SJKC pasang Jalur Gemilang terbalik' - Anthony Loke
August 4, 2025, 3:27 pm
Pakar psikologi dakwa tiada bukti pengabaian terhadap Zayn Rayyan
August 4, 2025, 3:23 pm
Warga emas didakwa cabul remaja 16 tahun dalam teksi ketika berhenti di lampu isyarat
August 4, 2025, 3:10 pm
Polis siasat insiden Jalur Gemilang terbalik di SJKC Port Dickson
August 4, 2025, 12:55 pm