Berita Berita
AGC pulangkan laporan siasatan kematian Zara Qairina, arah polis siasat semula

PUTRAJAYA 6 Ogos – Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kematian tragis pelajar, Zara Qairina Mahathir kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sekali gus membuka ruang kepada siasatan tambahan bagi melengkapkan kes berprofil tinggi itu.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar memaklumkan bahawa pihaknya sudah meneliti laporan yang dihantar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan telah mengeluarkan arahan agar beberapa perkara penting diteliti semula oleh pasukan penyiasat.
“Kita sudah beri arahan tertentu kepada pihak polis, maknanya ada beberapa benda kita perlu kumpul balik. Kena tentukan banyak benda sebab perkara ini dah tular (viral),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menghargai Pelantikan Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Kehakiman di sini, hari ini.
Mohd. Dusuki turut menjelaskan bahawa buat masa ini, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan untuk menjalankan prosiding inkues bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa.
“Kita kena pastikan ini adil. Buat masa ini saya tidak boleh dedahkan apa-apa kerana siasatan masih dijalankan,” katanya lagi.
Laporan penuh siasatan awal itu difahamkan telah diserahkan oleh PDRM dari Cawangan Sabah pada 3 Ogos lalu, sebelum diterima AGC di Ibu Pejabat Putrajaya pada 4 Ogos.
Sementara itu, media semalam melaporkan bahawa pasukan peguam mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina, Noraidah Lamat, telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara bagi memohon siasatan dibuka semula demi menegakkan keadilan.
Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri dalam kenyataan mereka turut menggesa agar kubur remaja terbabit digali semula bagi membolehkan satu bedah siasat dilakukan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kematian.
Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, sebelum ini dilaporkan ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran bangunan asrama sekolahnya kira-kira jam 4 pagi pada 16 Julai lalu, dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tiga.
Remaja berusia 13 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Kes tersebut mencetuskan perhatian meluas masyarakat yang mendesak agar siasatan dijalankan secara telus dan adil.
Berita berkaitan
August 9, 2025, 11:28 pm
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
August 9, 2025, 7:11 pm
Hanya satu institusi laksana saringan pendidikan khas pra-sekolah - Fadlina
August 9, 2025, 5:59 pm
'Umur 19 tahun pun dah ada yang kena serangan jantung' - NCD di Malaysia semakin membimbangkan
August 9, 2025, 5:42 pm
Kos kenaikan gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan - Anwar
August 9, 2025, 3:25 pm
'Bakal beri banyak manfaat' - Johor sambut baik cadangan guna khidmat jururawat dari Indonesia
August 9, 2025, 12:53 pm
Guru pondok tak terkecuali keperluan kuasai AI - PM Anwar
August 9, 2025, 12:38 pm
'Bring it on!' - Asyraf Wajdi sedia berdepan ibu bapa pelajar 'samseng' MRSM dibuang sekolah
August 9, 2025, 11:36 am
Kubur Zara Qairina akan digali semula secepat mungkin - Saifuddin
August 9, 2025, 10:08 am