Berita Berita
Kes Zara Qairina: KPN tegur semua pihak jangan sebar maklumat tidak sahih, tindakan undang-undang boleh diambil

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan tegas kepada orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kes kematian kanak-kanak, Zara Qairina, termasuk gambar serta maklumat siasatan yang belum disahkan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah mengesan wujudnya penyebaran maklumat tidak tepat di media sosial oleh pihak tertentu, termasuk gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan siasatan tersebut.
"Tindakan sebegini bukan sahaja boleh menjejaskan perjalanan siasatan yang sedang berlangsung, malah berupaya mengganggu keadilan kepada semua pihak.
"Untuk makluman, segala proses siasatan termasuk isu bedah siasat dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, perkongsian tidak bertanggungjawab itu boleh mengelirukan masyarakat dan menggugat integriti siasatan yang sedang dijalankan secara telus dan profesional.
Jelasnya, tindakan memuat naik, berkongsi atau mendedahkan maklumat berkaitan kes tersebut boleh disabitkan dengan beberapa kesalahan mengikut undang-undang sedia ada.
"PDRM mengingatkan bahawa perbuatan itu satu kesalahan mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 iaitu larangan mendedahkan maklumat identiti, alamat, nama sekolah, dan gambar kanak-kanak yang terlibat.
"Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan pendedahan maklumat; dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.
Tambah beliau lagi, pematuhan terhadap undang-undang merupakan asas penting dalam mengekalkan keharmonian dan keselamatan negara.
"Sehubungan itu, sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan sedia ada.
"PDRM kekal komited untuk memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara demi kepentingan," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 9, 2025, 11:28 pm
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
August 9, 2025, 7:11 pm
Hanya satu institusi laksana saringan pendidikan khas pra-sekolah - Fadlina
August 9, 2025, 5:59 pm
'Umur 19 tahun pun dah ada yang kena serangan jantung' - NCD di Malaysia semakin membimbangkan
August 9, 2025, 5:42 pm
Kos kenaikan gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan - Anwar
August 9, 2025, 3:25 pm
'Bakal beri banyak manfaat' - Johor sambut baik cadangan guna khidmat jururawat dari Indonesia
August 9, 2025, 12:53 pm
Guru pondok tak terkecuali keperluan kuasai AI - PM Anwar
August 9, 2025, 12:38 pm
'Bring it on!' - Asyraf Wajdi sedia berdepan ibu bapa pelajar 'samseng' MRSM dibuang sekolah
August 9, 2025, 11:36 am
Kubur Zara Qairina akan digali semula secepat mungkin - Saifuddin
August 9, 2025, 10:08 am