Berita Berita
Bayaran pencen bulanan KWSP hanya terpakai untuk ahli baharu – Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Cadangan pelaksanaan mekanisme bayaran pencen secara bulanan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan terpakai kepada ahli yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaannya, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Menurut beliau, penstrukturan semula akaun KWSP yang sedang dirancang itu bakal memperkenalkan satu mekanisme baharu bagi memperuntukkan sebahagian simpanan ahli kepada aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan mereka.
Katanya, langkah itu bertujuan memperkukuh jaminan pendapatan hari tua serta membantu ahli KWSP mengurus kewangan persaraan secara lebih mampan dan terancang.
Lim menjelaskan bahawa ahli sedia ada KWSP tidak akan terkesan secara automatik dengan perubahan struktur tersebut, sebaliknya akan diberikan pilihan untuk menyertai skim bayaran pencen bulanan secara sukarela.
Beliau turut menegaskan bahawa hak pengeluaran penuh kekal kepada ahli KWSP sedia ada sekiranya mereka memilih untuk tidak menyertai mekanisme baharu itu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan di sidang Dewan Rakyat hari ini berhubung mekanisme cadangan baharu KWSP yang akan dilaksanakan dalam usaha kerajaan memperkukuh sistem perlindungan sosial dan pendapatan rakyat selepas bersara. – Media Telus
Berita berkaitan
August 7, 2025, 8:48 pm
Ejen penapis air datang untuk servis terkejut jumpa mayat tuan rumah mereput di ruang tamu
August 7, 2025, 7:32 pm
Imam Masjid Nabawi sampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negara esok
August 7, 2025, 3:24 pm
Kerajaan mungkin naikkan cukai tembakau - PM Anwar
August 7, 2025, 2:37 pm
Polis 'tunggu' Eda Ezrin dan suami sebaik tiba di Kelantan petang ini
August 7, 2025, 2:15 pm
Lebih 3,000 pokok durian haram ditebang dalam tempoh 18 hari di Raub
August 7, 2025, 1:26 pm