Berita Berita
Kerajaan mungkin naikkan cukai tembakau - PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 Ogos – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menaikkan kadar cukai tembakau selaras dengan usaha memperkukuh dasar kesihatan awam negara dan reformasi hasil kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, cadangan itu sejajar dengan komitmen kerajaan terhadap kempen kesihatan, termasuk memerangi tabiat merokok yang menjadi antara penyumbang utama kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat.
Tambahnya, langkah menaikkan cukai juga perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira tempoh moratorium yang panjang terhadap semakan kadar cukai tembakau.
“Saya setuju dengan semangat, bukan kerana saya tidak merokok, tetapi kerana adanya kempen anti merokok,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Cadangan kenaikan cukai tembakau kembali mendapat perhatian selepas seorang perunding kesihatan awam sebelum ini menyarankan agar kerajaan mengurangkan akses kepada produk merokok dan rokok elektronik melalui peningkatan ketara cukai eksais.
Perunding itu berpendapat cukai yang tidak dinaikkan sejak lebih sedekad lalu sepatutnya disemak agar harga rokok dan vape menjadi terlalu mahal untuk dibeli secara mudah, sekali gus mengekang permintaan.
Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) minggu lalu, Anwar turut menyatakan kesungguhan kerajaan untuk memperluas pelaksanaan cukai ‘pro-kesihatan’ yang sebelum ini hanya dikenakan ke atas produk bergula.
Menurutnya, pelaksanaan cukai tersebut akan diperluaskan kepada produk tembakau, rokok elektronik dan alkohol sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan dalam menangani isu kesihatan awam secara menyeluruh.
Jelas beliau, tujuan peluasan cukai bukan sekadar untuk menambah hasil kerajaan, tetapi lebih penting adalah untuk mendorong perubahan tingkah laku rakyat ke arah gaya hidup lebih sihat, selain membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit yang kian meruncing. - Media Telus
Berita berkaitan
August 7, 2025, 8:48 pm
Ejen penapis air datang untuk servis terkejut jumpa mayat tuan rumah mereput di ruang tamu
August 7, 2025, 7:32 pm
Imam Masjid Nabawi sampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negara esok
August 7, 2025, 3:09 pm
Bayaran pencen bulanan KWSP hanya terpakai untuk ahli baharu – Kementerian Kewangan
August 7, 2025, 2:37 pm
Polis 'tunggu' Eda Ezrin dan suami sebaik tiba di Kelantan petang ini
August 7, 2025, 2:15 pm
Lebih 3,000 pokok durian haram ditebang dalam tempoh 18 hari di Raub
August 7, 2025, 1:26 pm