Berita Berita
Ejen penapis air datang untuk servis terkejut jumpa mayat tuan rumah mereput di ruang tamu

IPOH, 7 Ogos – Seorang wanita warga emas ditemui tidak bernyawa dalam keadaan hampir reput di ruang tamu rumahnya di Taman Klebang Jaya, Chemor, petang tadi.
Mayat mangsa yang berusia 67 tahun itu ditemui kira-kira jam 4.20 petang oleh seorang ejen penyelenggaraan mesin penapis air yang datang ke rumah berkenaan selepas mangsa gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.
Menurut Saiful Baharin Aminuddin, 45, beliau ke rumah mangsa untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala mesin penapis air seperti rutin biasa, namun terkejut apabila ternampak jasad wanita itu melalui tingkap yang pecah.
“Ketika sampai, saya dapati rumah itu berkunci dari dalam dan dikelilingi semak. Dari luar saya sudah hidu bau busuk seperti bangkai. Rasa curiga itu mendorong saya intai dari tingkap bawah dan ternampak mayat mangsa terlentang di ruang tamu,” katanya ketika ditemui hari ini.
Katanya, dia menjalankan penyelenggaraan di rumah itu setiap dua bulan dan kali terakhir hadir pada Jun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan penemuan mayat tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat. - Media Telus
Berita berkaitan
August 7, 2025, 7:32 pm
Imam Masjid Nabawi sampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negara esok
August 7, 2025, 3:24 pm
Kerajaan mungkin naikkan cukai tembakau - PM Anwar
August 7, 2025, 3:09 pm
Bayaran pencen bulanan KWSP hanya terpakai untuk ahli baharu – Kementerian Kewangan
August 7, 2025, 2:37 pm
Polis 'tunggu' Eda Ezrin dan suami sebaik tiba di Kelantan petang ini
August 7, 2025, 2:15 pm
Lebih 3,000 pokok durian haram ditebang dalam tempoh 18 hari di Raub
August 7, 2025, 1:26 pm